Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’



Salah seorang ulama berpengaruh PAS, Mokhtar Senik, kini diberikan amanah menjaga biro berkaitan veteran parti dalam mesyuarat badan berkenaan semalam.

Menurut Mokhtar selaku anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, dia kini menjadi pengerusi bahagian as-Sabiqun dan tidak lagi mengetuai Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia (PMPS).

Katanya, dia dimaklumkan pertukaran tersebut dibuat selepas memberikan prestasi begitu cemerlang semasa mengetuai PMPS.

“Alhamdulillah. Yang (saya) bimbangnya kalau prestasi PMPS ini hancus.

“Terasa macam duduk dalam freezer kayu je (sekarang). Sejuk semacam. Alhamdulillah. Boleh juga ambil berkat orang lama-lama dalam PAS,” katanya awal pagi tadi.




Bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu juga berkata semua orang akan menjadi “orang lama” juga pada suatu hari nanti jika berusia panjang.

Dia juga berharap penggantinya di PMPS menjaga institusi pondok.

“Sebab yang sayangkan pondok hanya orang pondok dan orang yang cintakan pondok.

“Jaga-jagalah kerana orang yang bencikan pondok akan guna orang pondok juga untuk ‘bunuh’ pondok,” katanya.

Sementara itu rata-rata kenyataan dibuat Mokhtar di media sosialnya mendapat reaksi positif dengan ramai yang mengucapkan tahniah.




Salah seorang daripada mereka juga berpendapat penyertaan Mokhtar ke bahagian mengelola veteran parti sebagai “awal.”

“Sebab tu ana (saya) kata masuk freezer,” balas Mokhtar di bahagian komen.

Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Leave a Reply

Your email address will not be published.