Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

PELAKON sinetron Indonesia, Cassandra Angelie kini ditahan pihak polis untuk siasatan selepas diberkas dalam sebuah bilik hotel atas pertuduhan terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Ketika ditahan dalam satu serbuan polis beberapa hari sebelum tahun baharu, pelakon tersebut berada dalam keadaan telanjang di dalam sebuah bilik di Hotel Ascott, Jakarta.

Dalam satu penjelasan kepada polis, Cassandra mengaku terpaksa melakukan aktiviti persundalan kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

Kewangannya meruncing barangkali impak Covid-19.

“Ekonomi (kewangan) saya tidak begitu lancar dan saya terdesak,” katanya.

Difahamkan pelakon yang pernah membintangi sinetron Ikatan Cinta itu telah melayan lima orang pelanggan sebelum ditangkap polis.

Selain Cassandra, turut ditahan dalam serbuan tersebut termasuklah tiga orang lelaki yang bertindak sebagai ‘bapa ayam’ serta pengawal lokasi aktiviti.

Polis turut menyita beberapa barangan milik Cassandra seperti telefon bimbit, kad debit dan set pakaian dalam berwarna hitam.

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker