Muda menghormati hak mereka (minum bir) – Syed Saddiq

Sebaran :

Muda menghormati hak mereka (minum bir) – Syed Saddiq

“Tak perlu fitnah Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) guna duit crowdfunding. Semua kita dah tunjuk”.

Demikian jawapan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman mengenai gambar tular yang mendakwa beberapa ahli parti itu ‘berpesta’ minum bir menggunakan duit ‘crowdfunding’.

Menurut Syed Saddiq, pihaknya sudah membuat sidang akhbar khas menunjukkan resit pembelian (bantuan untuk mangsa banjir hasil sumbangan ramai) dan semua transaksi direkod serta diaudit lepas misi bantuan banjir.



“100 peratus sumbangan adalah kepada mangsa banjir.

“Banyak usaha nak menjatuhkan Muda beberapa hari ini. Parti ini parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum, lainlah kalau mereka memandu,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Syed Saddiq berkata, Muda menghormati hak mereka (minum bir) dan mereka hormat hak kita.

“Ini hak peribadi mereka. Parti ini ditubuhkan atas toleransi.



“Kalau betul ini perkara benar, kenapa sampai kena tutup (gelapkan) muka?” Soal beliau. Utusan

Muda menghormati hak mereka (minum bir) – Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *