Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil

Sebaran :

Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil

SEBERANG PERAI – Perkhidmatan penghantaran sebuah syarikat e-dagang popular dijangka terjejas di negeri ini dalam tempoh beberapa hari selepas beberapa pekerja membuat keputusan mogok.

Ia berikutan satu notis berhubung kontrak baharu berkaitan gaji yang didakwa merugikan pekerja dan diberikan dalam tempoh singkat oleh syarikat.

Seorang pekerja penghantaran, Mohammad Aidil Hafizuddin Mohd. Fauzi, 24, berkata, pekerja berasa tertindas apabila kontrak baharu mengurangkan pendapatan mereka di antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.



“Sudahlah notis untuk kontrak baharu sangat singkat iaitu diberikan pada 31 Disember dan perlu ditandatangani hari ini (semalam) membuatkan kami tidak banyak masa untuk fikir.

“Sebelum ini kami dibayar tetap RM180 sehari untuk 40 bungkusan pertama beserta komisen lain dengan parcel tambahan, namun mengikut kontrak baharu tiada lagi bayaran tetap dan kadar komisen yang lebih rendah,” katanya kepada pemberita di Perai semalam.

Menurutnya, kontrak baharu itu menjejaskan pekerja penghantar dengan van berikutan mereka terpaksa menanggung pelbagai kos penyelenggaraan.

Sementara itu, K. Ganeshwaran, 24, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian kerana baru sahaja membeli sebuah van baharu bernilai RM108,000 dengan bayaran ansuran bulanan kira-kira RM1,600.



“Saya buntu kerana keputusan syarikat ini amat menjejaskan kami kerana perlu membayar ansuran van yang tinggi dan menyara keluarga.

“Buat masa ini saya tidak dapat menandatangani kontrak dan tidak dapat menghantar barang kepada pelanggan,” katanya yang telah bekerja selama dua tahun. K Online

Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.