Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber

Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber

Dakwaan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menggugurkan tiga menteri adalah bersifat khabar angin.

Menurut sumber yang dekat dengan Ismail, berita yang disiarkan oleh sebuah portal berita berkenaan perkara itu adalah bersifat spekulasi.

“Setakat ini tiada cadangan bagi rombakan Kabinet, ia sekadar khabar angin,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu portal Suara TV melaporkan perdana menteri dijangka mengadakan perbincangan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bagi membincangkan rombakan kabinet membabitkan dua Menteri daripada parti tersebut.

Menurut laporan itu, Ismail Sabri tidak berpuas hati dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abd Latiff Ahmad berhubung peranannya dalam bencana banjir yang melanda.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang terletak di bawah potfolio Abd Latiff dikritik kerana dilihat gagal memainkan peranan berkesan dalam koordinasi operasi menyelamat mangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun, juga daripada Bersatu, turut dikaitkan dengan spekulasi itu.

Namanya menjadi perhatian di media sosial susulan video tular yang menunjukkan dia membersihkan sebuah sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS), yang dikritik hebat.

Selain itu, antara nama lain yang disebut dalam laporan itu adalah Menteri Perpaduan Halimah Mohamed Sadique berhubung isu agihan peruntukan Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Sementara itu seorang lagi sumber turut menyifatkan laporan berkenaan sekadar spekulasi.

“Laporan berkenaan hanya spekulasi. Bagaimanapun ia sebagai penggera (peringatan) kepada menteri supaya meningkatkan lagi prestasi supaya dapat memenuhi aspirasi rakyat.

“Soal ada rombakan ataupun tidak itu terpulang kepada perdana menteri,” katanya kepada Malaysiakini. Mk

Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker