Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul



Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bertegas menolak pengeluaran tambahan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan berkata, ia hanya akan membebankan generasi akan datang yang perlu menjaga warga emas tanpa simpanan persaraan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pencarum menggunakan simpanan KWSP sebagai langkah kecemasan untuk menghadapi kesan wabak Covid-19.

Dengan banjir teruk yang melanda sebahagian negara baru-baru ini, selain wabak yang berterusan, timbul gesaan agar satu lagi pusingan pengeluaran dibenarkan.

Ini adalah program luar biasa yang “telah mencapai tujuannya dan mesti berakhir dengan muktamad”, kata Tengku Zafrul dalam kenyataan yang dilaporkan Malay Mail.




Beliau berkata, kerajaan akan terus membantu mangsa banjir untuk bangkit, tetapi pengeluaran KWSP tidak akan menjadi sebahagian daripada bantuan berkenaan.

“Dalam kes KWSP, kita tidak boleh terus bersikap populis dengan mencari jalan mudah membenarkan pengeluaran tambahan, lebih-lebih lagi apabila kerajaan telah menyediakan pakej bantuan banjir terbesar dalam sejarah.

“Pertimbangkan akibat jangka panjangnya, khususnya kepada anak cucu kita yang bakal mewarisi bebanan menyara kehidupan warga emas di negara ini yang tidak mampu menanggung persaraan sendiri,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, bencana banjir bukan tidak pernah berlaku.

Pada 2014, apabila banjir teruk melanda beberapa negeri, termasuk Pahang dan Kelantan, kerajaan bertegas tidak membenarkan sesiapa menyentuh “satu sen sekalipun” daripada simpanan persaraan mereka.




Beliau juga menegur pihak yang meggesa agar pengeluaran tambahan dibenarkan dan cuba mendorong orang ramai berbuat perkara yang sama.

“Biar saya jelaskan, kerajaan yang pertama sekali mengutarakan idea ini pada 2020 dan ia dibolehkan setelah dipertimbangkan secara berhati-hati dan melalui penilaian kewangan dan ekonomi yang teliti.

“Suara-suara yang kini mendorong rakyat dalam isu ini tidak pernah terlibat dalam keputusan itu, maka mereka tidak maklum mengenai pelbagai analisis komplikasi dan impak.

“Namun, pihak-pihak yang memprovokasi ini bertekad untuk mengeksploitasi situasi ini dan ‘mengepung’ KWSP dan kerajaan.”

Menerusi pelbagai pusingan pengeluaran, RM101 bilion telah disalurkan kepada tujuh juta pencarum KWSP.




Ini mengakibatkan hampir separuh daripada pencarum, kira-kira enam juta, kini hanya ada kurang RM10,000 bagi persaraan mereka, katanya.
FMT

Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang



One thought on “Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul

Leave a Reply

Your email address will not be published.