Waspada dengan kecurian data daripada RFID

Waspada dengan kecurian data daripada RFID

Mulai 15 Januari pengguna lebuh raya boleh menggunakan pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk transaksi di tol, namun pakar keselamatan siber mempersoalkan sama ada data pengguna itu selamat.

SL Rajesh daripada Persatuan Antikeganasan dan Profesional Keselamatan Antarabangsa berkata, syarikat terbabit perlu mengambil serius mengenai keselamatan data disebabkan perniagaan kerugian berbilion dolar di seluruh dunia akibat pencerobohan data.

Katanya, syarikat RFID perlu mengambil langkah tambahan untuk memastikan data pelanggan mereka selamat.

“Apabila anda membeli tag RFID, anda perlu mendaftar dengan syarikat yang menjual tag ini. Syarikat yang menyimpan data peribadi pelanggan ini perlu memastikan semua data disimpan dengan selamat.

“Mereka perlu melakukan ujian keselamatan siber secara kerap di pelayan mereka untuk memastikan sama ada ia telah digodam atau terdedah kepada virus,” katanya kepada FMT.

Rajesh berkata, syarikat itu perlu mempunyai perisian keselamatan rangkaian, perisian penyulitan dan perisian keselamatan data untuk menyulitkan data bagi menghalang penggodam daripada menyahsulit dan mencurinya.

“Syarikat ini juga perlu mempunyai sistem sandaran. Jika satu pelayan diserang virus, apakah yang mereka akan lakukan?”

Dia juga menggesa syarikat itu bersikap telus kepada pelanggan dengan memaklumkan bagaimana data peribadi itu digunakan.

“Pelanggan perlu tahu bagaimana data itu dikumpul, digunakan dan dilindungi,” katanya.

Menangani masalah

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Saravanan Thambirajah berkata, walaupun langkah kerajaan untuk memperluaskan penggunaan RFID dianggap satu perkara baik namun beberapa isu berkaitan teknologi itu perlu ditangani.

“Anda akan mengalami isu seperti pengguna RFID tersekat di tol plaza, pemulangan wang, denda yang tidak diketahui dan isu terlebih caj yang perlu ditangani,” katanya.

Saravanan percaya ia bukanlah satu idea yang baik untuk kerajaan melaksanakan penggunaan RFID sepenuhnya.

Dia menolak alasan kerajaan bahawa kaedah “tanpa sentuh” menerusi penggunaan RFID akan mengurangkan risiko penularan Covid-19 sambil menyifatkannya sebagai “alasan bodoh”.

“Apa buktinya yang penggunaan kad Touch ‘n Go boleh menyebabkan penularan Covid-19? Jika ada, beritahu kami.

“Kerajaan tidak patut guna alasan pandemik untuk memaksa pengguna menggunakan teknologi baharu ini. Ia memberi gambaran buruk kepada pihak berkuasa dan pengurusan lebuh raya,” katanya. FMT

Waspada dengan kecurian data daripada RFID


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker