Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square

Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square

Seorang suri rumah yang selesai membeli barang runcit melalui detik cemas apabila dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali yang muncul arah belakang.

Insiden itu menimpa mangsa, seorang wanita tempatan berusia 31 tahun itu ketika dia sedang menuju ke tempat letak kereta di Tamarind Square, Cyberjaya Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kejadian itu berlaku pada 21 Disember lalu, kira-kira 11 pagi ketika pengadu bersama anak perempuannya berusia dua tahun.

“Pada jam lebih kurang 11.45 pagi setelah selesai membeli barang di Village Grocer Cyberjaya, pengadu bersama anaknya telah pergi ke kawasan parkir di tingkat 2 Lot 637 untuk mengambil kenderaannya.

“Ketika menuju ke arah keretanya, mangsa secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki bangsa tidak pasti dan tidak dikenali dari arah belakang dan terus memeluk dan meraba mangsa.

“Mangsa yang terkejut dan panik terus menjerit dan meminta pertolongan namun tiada siapa berada di tempat kejadian.

“Jeritan mangsa menyebabkan suspek melarikan diri ke arah tidak pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang trauma dengan kejadian tersebut telah menghubungi suaminya untuk meminta bantuan.

Wan Kamarul berkata, mangsa tidak sempat melihat muka suspek kerana memakai penutup mulut, juga tidak dapat mengecam warna baju suspek.

Namun, ketika itu suspek memakai seluar panjang berwarna hitam.

Pemeriksaan polis juga mendapati tiada kamera Litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Tetapi pegawai penyiasat telah meminta semakan pergerakan mangsa melalui CCTV untuk mengesan sama ada suspek mengekorinya.

Polis masih berusaha mengenal pasti suspek yang masih bebas, ujarnya.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 392 dan 354 Kanun Keseksaan. MG


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker