Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ

Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ

TMJ Titip Pesanan Kepada Pihak Yang Hanya Berlakon Bantu Mangsa Banjir

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil bersuara terhadap isu bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini.

TMJ Pastikan Setiap Hari Ada Bantuan

Menerusi hantaran di Insta Stories, TMJ memberitahu setiap hari baginda akan memastikan terdapat bantuan atau sumbangan akan disalurkan buat mereka yang memerlukannya.

“Setiap hari pastikan ada bantuan/ sumbangan untuk bantu orang ramai. Sepanjang tahun. Tak Kisah banjir, pandemik atau tidak..

Hanya bantu rakyat sepanjang masa yang kita mampu. Ianya tugas dan tanggungjawab. Hanya selesaikan tugas, Tak perlu berlakon.”- kongsi TMJ

Dalam pada itu, TMJ turut menyifatkan situasi kini telah memperlihatkan segelintir pihak hanya ingin berlakon di hadapan umum dan tidak mementingkan jumlah bantuan yang disalurkan.

“Sedihnya hari ini bukan mengenai apa yang anda lakukan yang penting. Berapa ramai yang anda bantu atau seberapa kerap tidak lagi penting. Ia mengenai sejauh mana anda bagus berlakon.”-kongsi TMJ lagi

Minta Pihak Yang “Berlakon” Kembali Ke Hollywood

Dalam hantaran yang sama, TMJ turut mengucapkan syabas terhadap pihak yang ikhlas memberikan bantuan. Manakala, mereka yang hanya berlakon semata-mata baginda memberi kiasan untuk ‘kembali ke Hollywood’.

“Kepada yang ikhlas dan membantu genuinely syabas. Yang acting go back to Hollywood”-pesan TMJ

Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker