Pelawak Achey Tegur Sistem Agihan Di PPS Sumbangan Orang Ramai Untuk Mangsa Banjir [VIDEO]

Pelawak Achey Tegur Sistem Agihan Di PPS Sumbangan Orang Ramai Untuk Mangsa Banjir [VIDEO]

KELUHAN banyak pihak dengan mendakwa bantuan yang disumbangkan orang ramai tidak sampai kepada mangsa banjir mengundang rasa kurang senang pelawak Achey.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35, tindakan pihak terlibat mengawal agihan barang bantuan yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak seharusnya berlaku ketika mangsa banjir berdepan saat sukar.

Cerita Achey, dia sendiri berdepan situasi itu apabila dihubungi mangsa banjir yang meminta bantuan sedangkan baru saja menghantar bantuan ke PPS yang enggan dinamakan itu.



“Apabila saya buka DM, kebanyakannya meminta saya untuk salurkan bantuan ke kawasan yang saya dah sampaikan sumbangan.

“Saya peliklah, sebab selalunya kami akan telefon dahulu orang di kawasan terlibat dan bertanya, apa keperluan yang diperlukan dan berapa jumlahnya. Rupa-rupanya ada dalam kalangan mangsa banjir tidak dibenarkan untuk mengambil barang bantuan kerana tidak berdaftar dengan PSS atau perlu melalui pelbagai prosedur yang ketat.

“Jadi mangsa minta saya hantar bantuan itu direct kepada mereka, tetapi agak sukar la bagi kami hantar satu persatu kerana ramai yang memerlukannya. Sebab itu kami drop di PPS supaya mangsa-mangsa boleh datang dan ambil sendiri,” katanya kepada mStar.

Tambah Achey dia sendiri menyaksikan kelemahan sistem agihan di PPS terbabit apabila sumbangannya tidak diagihkan terus kepada mangsa kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP).



Kata Achey, sumbangan perlu disampaikan terus kepada mangsa kerana risau jika makanan yang diberikan itu sudah tidak elok untuk dimakan.

“Ada tempat yang saya pergi sendiri, pihak yang bertugas kata kami kena drop barang sumbangan dan mereka akan agihkan sendiri kerana mahu menjaga SOP. Jadi saya kata tak mengapalah, cuma kami tidak berpuas hati jika barang itu tak sampai terus kepada mangsa.

“Apabila saya kembali semula ke kawasan yang sama pada waktu malam, sumbangan yang saya hantar itu masih ada lagi.

Saya pun bagitahu la yang benda ini perlu disampaikan kepada mangsa dengan segera, sebab takut makanannya basi.



“Ada yang mengatakan mungkin mereka menunggu saya untuk bergambar dan agihkan. Pada saya perkara itu tidak penting, sumbangan perlu terus diagihkan kepada mangsa sebaik sahaja ia sampai,” katanya.

Sementara itu, Achey berharap agar proses penerimaan bantuan dipermudahkan untuk mangsa banjir kerana jumlah sumbangan yang disalurkan kepada mereka juga tinggi.

“Kita memang kena ikut SOP, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini. Cuma saya nak tekankan, permudahkanlah bantuan itu disalurkan kepada mereka yang sepatutnya menerima sumbangan.

“Pastikan semua dapat dan jangan ada yang tertinggal, sebab bantuan sekarang ini sudah banyak cuma sampai kepada mangsa atau tidak je. Ini bukan stok kedai runcit nak tahan-tahan.



“Bantuan ini tak akan putus kerana orang Malaysia sangat prihatin, jadi kita patut bagi ruang untuk sesiapa sahaja yang bantu tak kiralah daripada NGO atau kerajaan,” katanya.

Selain Achey, beberapa lagi rakan artis seperti Azhan Rani, Didie Alias, Fad Bochey, Beto Kusyairy turut terlibat bersama dalam misi pengagihan bantuan dan menyalurkan kepada mangsa di beberapa kawasan yang terjejas dengan bencana banjir-mSTAR

Pelawak Achey Tegur Sistem Agihan Di PPS Sumbangan Orang Ramai Untuk Mangsa Banjir [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker