Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM

Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM

Sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari depan ditangguhkan satu minggu susulan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri ketika ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.



“Mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara yang melibatkan murid, ibu bapa dan guru-guru sama ada secara langsung atau tidak langsung, juga melibatkan sekolah-sekolah sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara PPS ataupun sekolah yang terjejas teruk.
“Maka, KPM telah membuat keputusan bahawa sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu.

“Sekolah akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 10 Januari bagi negeri kumpulan B,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan guru-guru, murid dan ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

“Kita sedar, ini merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi semua pihak dan kita faham mereka perlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum mereka dapat mulakan sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022,” katanya.

Jelasnya, KPM sentiasa komited untuk mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru-guru dalam sebarang keputusan yang dibuat.-AA

Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker