PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib

PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan mendesak pihak berkuasa menyiasat sama ada terdapat usaha menyorok salah laku dua pegawai tinggi kerajaan dan pihak tertentu untuk digunakan sebagai pembelaan dalam kes mahkamah membabitkan Najib Razak.

Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) merujuk transaksi jutaan ringgit yang dikaitkan dengan saksi pendakwaan dalam kes SRC International dan 1MDB membabitkan Najib, yang hanya dilaporkan atau disahkan baru-baru ini.



Keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz dan bekas Menteri Kewangan, Nor Mohamed Yakcop dikatakan menerima dana berkaitan 1MDB.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 Nov lalu mengesahkan RM65 juta dalam dana berkaitan 1MDB ditemui dalam akaun bank Cutting Edge Industries, syarikat di Singapura yang dikuasai suami Zeti, Tawfik Ayman dan rakannya, Samuel Goh.

Nor Mohamed didakwa menerima RM85 juta berkaitan satu tawaran Sukuk 1MDB 2009 dalam satu akaun proksi di Singapura.

Pengerusi PSUAM, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, Zeti dan Nor Mohamed menyalahgunakan kuasa mereka.



“Zeti adalah orang bertanggungjawab menasihatkan Najib membuka akaun atas nama peribadi beliau bagi menerima sumbangan dana dan juga telah diarahkan bekas Perdana Menteri itu memantau sebarang kemasukan dana dalam akaun bank berkenaan.

“Di sini, didapati Zeti telah menggunakan kedudukan dan melakukan kesalahan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.”

Katanya, Nor Mohamed selaku Menteri Ekonomi ketika itu pula mengesyorkan penubuhan SRC International serta membentangkan kertas Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan untuk syarikat itu meminjam dana RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

“Sehubungan itu, beliau juga telah menggunakan kedudukan dan melakukan kesalahan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.”



Syed Muhammad Imran berkata, PSUAM telah membuat laporan kepada SPRM dan polis hari ini supaya pihak berkuasa boleh menyiasat jika terdapat sebarang usaha pihak tertentu dalam kerajaan PH terdahulu untuk menyembunyikan salah laku dua individu itu supaya ia tidak boleh digunakan dalam kes mahkamah Najib. FMT

PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker