Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Pasir Puteh: Seorang wanita berdepan detik hitam apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol bekas suami di depan mata dalam kejadian di sebuah kampung di sini, 14 Disember lalu.

Wanita berusia 34 tahun itu bersama anak berusia lapan tahun dikatakan berada di rumah ibu angkatnya sebelum anaknya dipaksa menghisap pil kuda oleh bekas suami yang juga bapa tiri kanak-kanak malang itu.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek kemudian merogol kanak-kanak itu di depan mata ibunya.

“Wanita itu memberitahu dia tidak mampu menghalang perbuatan suspek kerana bimbang dipukul.

“Pada hari sama, kanak-kanak itu turut dirogol seorang lagi suspek iaitu bapa saudaranya,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, selepas kejadian wanita itu melarikan diri bersama anaknya dan menghubungi beberapa pihak badan bukan kerajaan (NGO) bagi memohon pertolongan menerusi aplikasi Facebook.



Menurutnya, kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

“Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak bukan sahaja dirogol tetapi turut diliwat.

“Ibu mangsa sudah membuat laporan polis pada Khamis lalu,” katanya.

Shafien berkata, bertindak atas aduan mangsa, polis menahan dua suspek berusia 46 dan 39 tahun yang dipercayai bapa tiri dan bapa saudara mangsa, dua hari kemudian.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, 377C Kanun Keseksaan, 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan 14(b) AKSTK.

“Pihak polis menangkap kedua mereka bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine.

“Kedua-dua suspek ditahan reman bermula 18 hingga 24 Disember ini manakala mangsa diletakkan di bawah pengawasan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan,” katanya. HM

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir



Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker