Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir

Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir

Kerajaan diminta mempertimbangkan pemberian moratorium secara menyeluruh untuk tempoh sekurang-kurang enam bulan bagi membantu rakyat yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Felo Institut Kajian Analisis Politik Malaysia, Md Shukri Shuib, berkata Kementerian Kewangan wajar menyediakan pemberian moratorium itu bagi memastikan golongan terbabit tidak terbeban dengan masalah kewangan yang dihadapi ketika ini.



Namun, beliau berkata, kerajaan perlu memastikan pemohon menyediakan dokumentasi sebagai bukti mereka adalah mangsa banjir.

“Ini berikutan institusi perbankan mempunyai dana pengukuhan di mana jika mereka menyediakan pemberian moratorium itu, ia tanpa menjejaskan keuntungan institusi perbankan berkenaan,” katanya pada program Koresponden Bernama, hari ini.

Dalam pada itu, Md Shukri berkata, semua pihak termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), perlu bersama-sama membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Sebagai contoh, beliau berkata, kerajaan boleh menyediakan satu mekanisme baharu, antaranya menyediakan bengkel panel khas untuk membaik pulih kenderaan yang ditenggelami banjir.



“Ini akan membantu mangsa banjir, sekali gus turut memberikan (peluang kepada) sektor automotif untuk berkembang.

“Ia juga akan memberi peluang kepada graduan lepasan bidang automotif untuk menggunakan kemahiran mereka bagi membantu dan membaiki kenderaan,” katanya. BH

Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker