Ramai sayang Mimi Fly
Ramai sayang Mimi Fly
BARU-BARU ini ternampak sebuah video percutian penyanyi ligat, Mimi Fly ketika dia berada di Pulau Mabul, Sabah.
Bukan main seronok lagi Diva lihat penyanyi yang digelar sebagai Rihanna Malaysia itu melayan anak-anak Bajau Laut di sana. Siap Mimi bermurah hati belanja aiskrim lagi.
Seperti semua sedia maklum, kalau bab berpakaian, Mimi memang agak ‘daring’ sikit. Bahasa mudahnya seksi. Macam video yang Diva tengok dalam Instagram Mimi.
Baju yang dipakai sampai terselak-selak ditiup angin sehingga menampakkan pakaian dalam atau bra yang dipakainya.
Sajalah Diva jenguk dalam ruangan komen. Mana tahu ada ‘ustaz dan ustazah jadian’ yang menegur cara Mimi berpakaian.
Tapi sebaliknya berlaku apabila banyak komen positif yang mendoakan penyanyi itu bersempena dengan sambutan hari lahirnya.
Malah ada juga yang memuji kecantikan semula jadi Mimi walaupun dia tidak mengenakan sebarang solekan dan berkulit hitam manis.
“Bila tengok video ini mengajar saya banyak benda. Biarlah luaran kita nampak jahat, tetapi dalaman kita gembira. Pedulikan apa orang nak kata. Hidup kita adalah hak kita,” kata seorang peminatnya.
Diva pun sebenarnya suka dengan sikap Mimi. Peramah dan paling penting merendah diri walaupun air mukanya nampak garang. K Online
Ramai sayang Mimi Fly
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)