BN akan bantu sedaya mungkin – Najib

Sebaran :

BN akan bantu sedaya mungkin – Najib

Sedih melihat keadaan warga emas terpaksa mengharungi banjir.

Dipindahkan ke pusat sementara.

Ada banyak keluarga yang terjejas, dengan anak kecil juga.



Maafkan saya tidak datang awal sikit ke Hulu Langat ni.

Ada urusan sedikit dengan team Pekan dan kami sediakan barang keperluan untuk dibawa ke sini.

Saya doakan untuk mangsa-mangsa banjir.

Harap keadaan bertambah baik dan semua dapat kembali ke rumah tidak lama lagi.



Saya dan jentera BN bantu apa yang boleh.

Sumbangan dana, tenaga, sokongan.

Kita edar keperluan asas kepada mangsa-mangsa terjejas di Hulu Langat.

Semoga sumbangan sedikit sebanyak ini dapat membantu saudara-saudari.



Luangkan sedikit masa mendengar apa yang dilalui mangsa-mangsa banjir.

Ini di Masjid Alam Impian.

Kini dijadikan pusat sementara untuk mangsa banjir dan tempat teduh bagi yang tidak dapat meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Ramai bimbang akan keadaan rumah dan harta benda.

Ada yang tidak sempat menyelamatkan barang kepunyaan. Ambil apa yang ada saja.

Saya faham saudara-saudari amat risau akan kerosakan dan kerugian yang dihadapi.

Yang penting kini kita perlu pastikan semua selamat, sihat terutama anak-anak kecil dan warga emas.

Doakan untuk semua agar sentiasa dilindungi dan diberkati.

Najib Razak

BN akan bantu sedaya mungkin – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *