Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)

Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)

CERITA wanita bertukar menjadi gemuk ketika mengandung adalah perkara biasa. Disebabkan perubahan hormon, berat badan kebanyakan mereka akan bertambah kerana selera meningkat dan ada juga yang sebaliknya agak kurus kerana asyik muntah-muntah.

Tetapi bagi wanita ini, perubahan dirinya kelihatan agak keterlaluan kerana dia berubah menjadi seperti orang lain apabila badannya meningkat sebanyak 31 kilogram dan muka serta badannya dipenuhi jerawat yang agak kasar.



Begitulah pengorbanan seorang wanita untuk mendapatkan anak dan pengorbanannya itu mendapat pujian netizen yang memuji kesabarannya dan seterusnya menjadikan perkongsiannya di Tiktok menjadi viral sehingga mendapat lebih 4.1 juta tontonan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hidayah Sham berkata, dia mengalami pertambahan berat badan sebanyak 31 kilogram sepanjang sembilan bulan hamil cahaya mata sulung, baru-baru ini.

Pertambahan tersebut menyebabkan muka dan tubuh badannya ‘mengembang’ sehingga mengundang teguran orang sekeliling.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 24 tahun ini berkata, wajah dan badannya turut ditumbuhi jerawat yang banyak, katanya memetika laporan Mstar.



“Ketika bulan pertama hingga bulan kelima hamil, semuanya okay saja dan saya pun tak alami ‘morning sickness’. Masuk saja bulan keenam, berat badan mula naik.

“Seminggu tu naik dua kilogram. Masuk bulan ketujuh pula, satu badan dan muka ditumbuhi jerawat. Bukan jerawat biasa, tapi yang ada ‘isi’. Mujurlah tak gatal.

Masa perubahan-perubahan ini berlaku, memang terkejut juga. Sampai orang tegur saya nampak macam orang lain. Mujurlah pakai ‘face mask’, tutup sikit jerawat dekat muka.

“Hairan juga berat makin bertambah setiap minggu… sedangkan saya makan macam biasa. Tak makan double atau triple pun. Pernah rasa takut juga setiap kali nak pergi klinik. Doktor siap rujuk saya kepada dietitian tapi katanya, perkara ini disebabkan hormon,” ujarnya yang menetap di Ayer Molek, Melaka.



Menurut Hidayah, dia mengakui perubahan berkenaan menyebabkan dirinya sedikit ‘down’ lebih-lebih lagi apabila ditegur mengenai fizikalnya.

Namun ujar Hidayah, dia bersyukur kerana suaminya sentiasa memberikan kata-kata semangat dan perangsang sepanjang melalui tempoh berkenaan.

“Sebelum ini pernah baca kisah wanita hamil yang alami alahan teruk sampai muka berubah… kita rasa kasihan. Tapi sekarang diri sendiri pun alami situasi sama.

“Namun saya fikir positif… saya beruntung kerana tak alami morning sickness. Suami pun sentiasa beri kata-kata semangat. Bagi kami, yang penting baby sihat dan bersalin dulu… yang lain ikhtiar kemudian,” ujarnya yang juga bekerja dalam sektor swasta.



Selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.38 kilogram pada 2 November lalu, Hidayah kini sedang menjalani proses berpantang di rumah ibunya di Umbai, Melaka.

Lebih sebulan bersalin, Hidayah berkata berat badannya kini sudah susut sehingga 67 kilogram.

“Di sini emak dan nenek yang bantu jaga saya ketika berpantang. Memang jaga betul. Dari segi makanan, memang tak ambil yang manis atau bergoreng. Alhamdulillah, dalam tempoh lebih sebulan, progres yang berlaku agak pantas.

“Cuma masalah jerawat masih belum pulih sepenuhnya. Sekarang ikhtiar mandi garam laut dan mandi herba. Dah okay sikit, cuma parut masih ada,” ujarnya lagi. Utv



[videopress M9Jqja05]

Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik



Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker