Bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dengan Penampilan Tampak Berbeza

Bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dengan Penampilan Tampak Berbeza

Penampilan terbaharu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengejutkan banyak pihak susulan keadaan fizikalnya yang semakin susut.

Abdul Khalid berkongsi gambar terbaharunya itu menerusi kemas kini di Facebook pada Rabu.

Gambar beliau di samping isteri, Puan Sri Salbiah Tunut bersama anak dan cucunya itu dirakam sewaktu menyambut hari lahir ke-75.

Menerusi kemas kini di Facebook itu, beliau memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kesempatan menyambut hari kelahirannya bersama keluarga di rumah.

“Syukur alhamdulillah saya telah diberi kesempatan menyambut hari lahir di rumah semalam (Selasa) bersama Salbiah, Iqbal, Aida serta Arif.

“Terima kasih di atas ucapan selamat daripada semua teman melalui WhatsApp dan media sosial,” katanya.

Beliau turut memohon maaf susulan tidak dapat membalas setiap kiriman mesej yang diterimanya itu.

“Maka di sini saya mengambil kesempatan untuk turut berdoa agar kita semua di dalam rahmat ALLAH SWT serta diberikan umur yang panjang dan bermanfaat dengan kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya.

Abdul Khalid pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.

Beliau dipecat sebagai MB Selangor oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum jawatan itu digantikan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum menyandang jawatan menteri besar, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd dari 1995 hingga 2003.-SH

Bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dengan Penampilan Tampak Berbeza

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker