Zeti harus bertanggungjawab!

RAKYAT Malaysia tentulah terkejut dengan berita yang membabitkan syarikat milik suami mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz.

Bulan lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahkan bahawa Singapura telah memulangkan kepada Malaysia sejumlah RM15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat berkenaan.

Sebelum ini Zeti nafikan syarikat suaminya menerima dana dari 1MDB dan menganggap tuduhan tu sebagai palsu dan berniat jahat.



Awang memang hormati Zeti sebagai Gabenor Bank Negara. Kerja beliau cukup cemerlang. Beberapa kali beliau diisytiharkan sebagai Gabenor Bank Negara terbaik oleh banyak pihak di luar negara.

Tak payahlah kita nak pertikai kejayaan beliau di sana. Sebagai wanita pertama duduk di kerusi itu, beliau telah tunjukkan kemampuan luar biasa.

Zeti kemudiannya dilantik oleh Tun Dr Mahathir sebagai ahli Council of Eminent Persons (CEP) selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14. Selepas itu beliau dilantik pula Pengerusi Permodanan Nasional Berhad.

Awang setuju dengan desakan agar siasatan penuh dibuat ke atas kes ini. Awang nak pastikan nama Zeti dibersihkan jikalau semua itu tidak benar.



Jikalau betul ada konflik kepentingan ketika beliau jadi Gabenor pada masa wang itu masuk ke akaun syarikat suaminya, maka beliau juga harus menerima tanggungjawab itu.

Zeti harus bertanggungjawab!


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Jangan pula bawa kambing, lembu hari ini’, Speaker tegur wakil PKR bawa ayam ke DUN Perak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker