Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik



Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Biarpun berniqab dan nampak sempurna di mata umum, setiap individu pasti ada kekurangan dan wajah ditegur.

Hal sama berlaku kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa yang mencuri perhatian ramai apabila ditegur ‘manja’ suaminya, Haris Ismail atau PU Riz dalam satu muat naik video Instagram.

Menerusi video berkenaan, Haris menegur tindakan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor yang menggoyang-goyangkan kepala saat mendengar sebuah muzik rancak yang dipasang secara tiba-tiba.

“Dia (Neelofa) dengar bunyi lagu je (ajuk goyangkan kepala),” tegur Haris berhemah.




Melihat aksi spontan isterinya itu, Haris dengan pantas menegur secara berseloroh. Bukan itu sahaja, dia turut meniru semula gaya goyangan kepala isterinya itu.

Video pendek berdurasi 15 saat tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram kelab peminat, @lofa.world.

Meskipun ditegur suami, ramai dalam kalangan netizen memuji pendekatan yang digunakan Haris dalam mendidik isteri tersayang.

“Seronoknya cara suaminya menegur isterinya dengan lemah lembut. Itulah pentingnya ilmu agama,” tulis seorang pengguna Instagram dalam ruangan komen hantaran video berkenaan.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan peminat yang memuji kemanisan hubungan pasangan selebriti itu dan menjadikan mereka sebagai pasangan contoh.




“Mesti jenis sekepala dua-dua ini. Manja dan suka usik-mengusik,” tulis seorang netizen.

Neelofa, 32, dan Haris, 26, menjadikan sesi tazkirah secara langsung (live) setiap minggu sebagai rutin untuk sama-sama memperbaiki diri menjadi Muslim lebih baik sementelah berkongsi pendapat tentang agama. K Online

Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih



Leave a Reply

Your email address will not be published.