Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob menjadi peserta kedua tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

PETALING JAYA – Seperti sudah dijangka dan ditunggu ramai, penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob menjadi peserta kedua tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Bagi minggu keempat yang bertemakan Berdiri Bulu Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan, Mahligai Syahdu memperolehi markah terendah iaitu sekadar 50 peratus.

Menerusi muat naik dalam Insyagram, Fazley akur dengan rezekinya setakat semalam dan tekad untuk tidak akan sesekali berhenti menyanyi selepas ini.

“Saya lega sangat apabila tersingkir. Bukan menidakkan peluang tetapi akur rezeki setakat ini.



“Saya hanya usahakan agar ada peningkatan di dalam persembahan saya setiap minggu, bukan bertanding untuk lebih baik daripada peserta-peserta lain.

“Gegar Vaganza bukan pentas saya dan terlalu besar untuk saya yang sememangnya bukan penyanyi pertandingan. Saya tetap akan menyanyi dan memenuhi mana-mana undangan selepas ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Adibah Noor yang membawakan lagu Jika muncul sebagai bintang dengan markah tertinggi iaitu 78.1 peratus disusuli artis kelahiran Sabah, Nikki Palikat dengan 76.6 peratus.

Terdahulu, di awal konsert, Shidee diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi Saiful Apek dan Yasin (SA.YA) buat kali ketiga berturut-turut.



Dihoskan duo pengacara popular Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad pukul 9 malam.

GV8 turut menampilkan maestro tersohor, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.

Minggu lalu, kumpulan Nico G menjadi peserta pertama tersingkir daripada GV8 yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru daripada artis-artis di negara ini termasuk Indonesia dan Singapura. -K! ONLINE

GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


MLM 2021: Azlee kecewa, lakonan juri mantap



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker