MLM 2021: Azlee kecewa, lakonan juri mantap

MLM 2021: Azlee kecewa, lakonan juri mantap

Pelawak Terkenal, Azlee Senario meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila kumpulannya Otai tidak mendapat tempat untuk ke final Maharaja Lawak Mega 2021.

Kumpulan Otai yang terdiri daripada Azlee, Ieda Moin dan Achong Sweet Child kecundang apabila mereka diumumkan tidak layak ke minggu akhir pada minggu hadapan, dan impian untuk mengondol gelaran juara serta membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM 500 ribu kini hanya tinggal kenangan.



Meskipun begitu, kumpulan yang baru saja ditubuhkan ini mampu bertahan sehingga minggu ke sembilan dan satu pencapaian yang baik untuk kumpulan seperti ini bagi kekal bersaing dengan kumpulan “favourite” lain dalam sebuah program realiti lawak yang mega seperti ini.

Azlee meluahkan rasa kekesalannya itu menerusi laman media sosial sejurus mereka diumumkan tidak layak ke final minggu hadapan.

Menurut Azlee, dia mendakwa bahawa juri adalah salah satu punca kumpulannya tersingkir kerana mempunyai “sesuatu” yang agak mencurigakan buatnya ketika memberikan komen terhadap kumpulannya.

MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)



Malah ada juga salah seorang daripada juri memberikan komen serta menyarakan agar Azlee menukarkan konsep lawaknya yang dilihat tidak “releven” untuk tahun 2021.

Mlm 2021 yang penuh dengan sandiwara, juri lakonannya sangat mantap, Allah maha mengetahui,” kata Azlee .

Meskipun begitu, rata-rata peminat dan penyokongnya memberikan kata-kata semangat buatnya agar tidak patah semangat dan ada juga yang menyifatkan dia tidak layak untuk menjadi peserta, malah selayaknya berada di barisan juri.




Baca Artikel Menarik :


Tahun depan dijemput jadi juri hendaknya, abang dah otai patut di kerusi juri

“Alhamdulilllah, satu pncapaian yang amat membanggakan buat otai, semoga terus menghiburkan kami bang Azlee Senario,” komen pengikutnya. HM

MLM 2021: Azlee kecewa, lakonan juri mantap


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker