Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak



Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak

Perkahwinan merupakan satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang sedang hangat bercinta terutamanya bagi kaum lelaki yang telah mendambakan wanita idamannya.

Perkahwinan dengan pasangan pilihan hati sudah cukup mengembirakan, namun jika berkahwin dengan dua wanita serentak dalam satu masa itu boleh dipanggil sebagai ‘rezeki’ berganda.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Mohamad Muhidin, beliau berkongsi beberapa keping gambar memaparkan detik-detik bersejarah buat ketiga-tiga mempelai itu.

“Dua hati satu cinta, Sieytha Rieytha dan Jafarrudin Morni dan Mazlinah Tahaau. Akhir kata dari saya perghh perghh,” tulis jurugambar tersebut di Facebooknya.




Sementara itu, salah seorang daripada pasangan tersebut, Sieytha Rieytha berkata, dia meminta orang ramai mendoakan bahtera perkahwinan yang dibinanya.

“Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillah.Doakan semoga kami bahagia kekal hingga ke Jannah.

“#Naik pelamin dengan akak madu Mazlinah Tahaau. Semoga kita bahagia bersama suami tercinta Jafarrudin Morni, (2.12.2021) Khamis di Majma Mall Kuching, Sarawak,” tulisnya di Facebook.

Rata-rata orang ramai turut mendoakan kebahagaian kepada pasangan pengantin baharu tersebut.

“Bila isterinya rela dan terima tiada siapa boleh menidakkan walaupun berat hati semua orang niat, semoga bahagia hingga ke jannah, semoga si suami berlaku adil dan bertolak ansur kelak, kita doakan,” kata Issya Irshad.




“Dah nama jodoh nak madah apa, perempuan yang sanggup bermadu macam cerita P. Ramlee juga sikit-sikit, ada yang kadang-kadang, yang lebih ‘rare’ bila dah tahap kadang-kadang,” tulis Dawie Ckin.

Sementara itu, Bill Haqkim berkata, meminta orang ramai doa yang baik-baik sahaja kepada mereka, dan mendoakan mereka bahagia dan menjadi keluarga yang baik. K Online

Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’



Leave a Reply

Your email address will not be published.