Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini

DALAM isu eksploitasi para rider p-hailing yang tular baru-baru ini, di mana didakwa Rider akan ‘dihukum’ kerana berhenti bersolat, dinafikan hak-hak pekerja dan seumpamanya nampaknya tidak mendapat simpati dan perhatian pihak SUHAKAM pun.

SUHAKAM selaku sebuah agensi bertaraf suruhanjaya mengenai hal-hal hak asasi sepatutnya bertindak membuat sesuatu.

Sekurang-kurangnya, mereka kemukakan syor supaya suatu pasukan siasatan atau kajian kepada Parlimen dan menteri lebih-lebih lagi mereka di bawah pejabat Menteri Undang-Undang dan Parlimen.

Pasal kajian pengiktirafan gender ketiga laju pula nak buat kajian dan program-program!

Kali terakhir kita lihat SUHAKAM keluar kenyataan rasmi ialah mengenai Belanjawan, di mana mereka menggesa agar peruntukan kepada mereka ‘dicukupkan’ selaras cadangan Ahli Parlimen DAP yang menggesa peruntukan kepada mereka ditambah kepada RM12.5 juta.

Sebenarnya saya sengaja beri peluang waktu kepada SUHAKAM untuk respon isu ini, kalau-kalau mereka ‘terlalu sibuk’. Ini dah hari ke berapa entah, senyap sahaja.

Takkanlah nak tunggu rakyat desak dan marah baru nak bertindak? Padahal pada masa yang sama, hak golongan ‘songsang’, hak pekerja asing, himpunan haram, konvensyen-konvensyen antarabangsa (seperti ICERD) boleh pula proaktif, laju dengan bersungguh-sungguh?

Malulah kita ada agensi sebegini.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
7 Disember 2021

Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker