Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf

Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau berpeluang memberikan penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa ramai yang memang dalam keadaan susah dan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji dan hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.

Katanya, dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, rata-rata begitu memerlukan pengeluaran buat kali terakhir dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.

“Saya turut mencadangkan, mungkin untuk pengeluaran kali terakhir ini, diberikan pilihan kepada yang memang benar-benar berkeperluan mendesak yang memerlukan mereka membuat permohonan dan terhad kepada yang mempunyai baki yang mencukupi.

“Hakikatnya, YAB PM (Yang Amat Berhormat Perdana Menteri) juga mengakui keperluan tersebut dan membaca setiap komen-komen di media sosial beliau yang memperlihatkan ramai memberikan maklum balas serupa mengenai isu i-Citra KWSP ini.

“Beliau menyatakan kepada saya untuk beliau berbincang dan membawa perkara ini kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) agar dapat diperhalusi cadangan yang dikemukakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Malam tadi, selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Asyraf berkata beliau turut mengambil peluang berbincang dengan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO mengenai isu yang banyak dibangkitkan oleh rakyat khususnya mengenai tuntutan untuk mengeluarkan buat kali terakhir wang simpanan mereka di dalam KWSP iaitu i-Citra RM10,000.

“Insya-Allah saya akan terus susuli dan ‘follow-up’ bagi pihak rakyat yang memerlukan,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker