Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam

Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam

Bapa yang juga pengurus pelakon Danish Iskandar, 17, yang terpalit isu dakwaan berlakon watak gay, Muhammad Burhanudin sudah menyerahkan perkara itu kepada peguam.

Bagaimanapun, Burhanudin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang bakal diambil.



“Maafkan saya sebab kami sudah dinasihati peguam untuk tidak lagi mengulas perkara ini. Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan buat satu sidang media khas,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Danish juga pelakon drama Shah Alam 40K yang disiarkan di TV3 menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi dia dan keluarga sudah melantik peguam, kelmarin.

“Saya dan keluarga sudah berbincang dan melantik peguam. Seperti mana dijangka perkara ini akan menjadi perhatian pihak berkuasa. Kami dinasihati peguam untuk tidak menjawab apa-apa berkaitan isu ini,” katanya.

Perkara itu turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersedia untuk merujuk kes pelakon yang melakonkan watak gay kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dilakukan.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, ia bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.

Sebelumnya, Danish menerusi laporan Harian Metro berkata, dia menerima banyak mesej daripada netizen yang terkejut apabila dia berlakon dalam siri bertemakan gay berjudul Stay Away From Me.

Menurut Danish, netizen turut mempersoalkan status seksualitinya apabila memilih untuk berlakon dalam siri yang mula ditayangkan pada 5 Disember lalu di aplikasi temu janji gay dan penstriman video.

Danish bagaimanapun memilih untuk tidak mempromosikan siri itu.



Menurut Danish, dia pada awalnya tidak tahu menahu mengenai jalan cerita siri itu kerana penjelasan yang diberikan ketika pertama kali bermesyuarat dengan pihak produksi adalah kurang jelas.

Siri itu mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan apabila video promosi mula tular di aplikasi TikTok sejak Jumaat lalu. HM

Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker