Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi

Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan

Najib Razak berkata dia sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan sabitan bersalahnya dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dia juga menyatakan sudah memberi arahan kepada pasukan peguam belanya untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.

Menegaskan kedudukannya sebagai orang Islam, Najib yang juga ahli parlimen Pekan juga sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak bersalah seperti yang dipertuduhkan.

“Pertama saya nak nyatakan bahawa saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan berikutan keputusan itu.

“Saya telah minta peguam untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dengan segera,” katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini.

Ia dibuat sejurus selepas tiga hakim Mahkamah Rayuan sepakat mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Panel hakim terbabit – dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil – juga sebulat suara mengekalkan hukuman yang ditetapkan ke atas Najib.

Menurut Najib, persoalan pokok isunya itu ialah mengenai dana bernilai RM42 jua milik SRC yang dipindahkan ke peribadinya.

“Sebagai (orang) Islam saya nak nyatakan saya pernah tidak tahu, minta, arahkan sesiapa untuk pindah RM42 juta ke akaun saya,” katanya.

Semasa prosiding secara hibrid pagi ini, wajah Najib kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Abdul Karim.

Dua lagi hakim yang mendengar permohonan tersebut ialah Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Sebelum ini Najib memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang mendapati dia bersalah atas satu pertuduhan salah guna jawatan sebagai perdana menteri, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC.

Mengulas kenyataan hakim bahawa apa yang berlaku itu mengaibkan negara, Najib berkata dia juga kecewa dengan apa yang disebutkan.

“Saya sangat kecewa dengan itu,” katanya.

Dia turut menyebut sepanjang tempoh menjadi perdana menteri banyak kejayaan dilakukan untuk Malaysia termasuk aset negara yang berjumlah RM2 trilion.

“Jika anda bercakap mengenai aib negara, ada isu skandal lain seperti skandal berkaitan forex (tukaran mata wang asing) yang menyebabkan kerugian RM31 bilion.

“Bukankah itu jauh lebih besar?” katanya yang merujuk kepada isu yang melibatkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. Mk

Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker