Pendaki gunung jumpa harta karun di Mont Blanc

Pendaki gunung jumpa harta karun di Mont Blanc

Paris: Sekumpulan pendaki menemui ‘harta karun’ berbentuk zamrud, delima dan nilam yang ‘bersemadi’ selama beberapa dekad di glasier Mont Blanc, Perancis milik pesawat India yang terhempas.

Pendaki gunung itu terjumpa batu permata pada 2013 tersembunyi dalam kotak logam di atas pesawat India yang terhempas di pergunungan terpencil kira-kira 50 tahun lalu.



“Penemuan batu-batu itu dikongsi minggu ini yang dianggarkan bernilai kira-kira 150,000 euro (RM716,800) setiap satu,” kata Datuk Bandar Chamonix Eric Fournier.

Dia sangat gembira dengan penemuan ‘harta karun’ itu dan kumpulan pendaki itu dipuji kerana berintegriti apabila menyerahkannya kepada polis, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Dua pesawat Air India terhempas ke Mont Blanc pada 1950 dan 1966.

Selama bertahun-tahun, pendaki secara rutin menemui serpihan, bagasi dan mayat.



Pada September 2012, India mengutus surat diplomatik sebagai pemilik pesawat Boeing 707 yang terbang dari Mumbai dan terhempas di barat daya Mont Blanc pada 24 Januari 1966.

Nahas itu mengorbankan 117 orang termasuk perintis program nuklear India, Homi Jehangir Bhabha.

Pihak berkuasa percaya batu berharga itu berkemungkinan berasal dari penerbangan itu yang dalam perjalanan dari Mumbai ke New York. HM

Pendaki gunung jumpa harta karun di Mont Blanc




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]



Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker