Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

SEKUMPULAN lelaki membawa mayat rakan mereka yang dibunuh keluar dari kerandanya untuk memberinya tunggangan terakhir menggunakan motosikal di Ecuador.

Mayat Erick Cedeno dikeluarkan dari kerandanya oleh sekumpulan rakannya di Portoviejo, di wilayah Manabi Ecuador.

Cedeno, 21, meninggal dunia hujung minggu lalu selepas dilaporkan ditembak dua penyerang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian.

Rakaman video menunjukkan kumpulan itu mengeluarkan Cedeno dari keranda kayunya dan membawa mayatnya ke arah motosikal yang sedang menunggu.

VIDEO DIBAWAH:-

Dia kemudiannya diletakkan di belakang penunggang motosikal, dan seorang lagi rakannya kemudian duduk di belakang Cedeno untuk memastikan badannya tidak terjatuh.

La Repubica melaporkan bahawa rakan-rakannya turut menuang minuman beralkohol di atas keranda Cedeno.

Kumpulan itu mendakwa mereka mendapat kebenaran daripada ibu bapa Cedeno untuk melakukan perbuatan tersebut namun pihak berkuasa menyelar kejadian itu sebagai ‘menyimpang’.

Di beberapa tempat di dunia, menggali saudara mara yang mati dilihat sebagai adat tradisional – dengan mereka yang dikeluarkan dari kubur akan dimandikan dan kadangkala diberi pakaian baharu. – Daily Mail UK

Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker