Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Rakaman CCTV Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Satu rakaman video CCTV tular baru-baru ini menunjukkan sekumpulan geng motosikal Yamaha RX-Z sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak, lalu diserbu oleh dua unit peronda bermotosikal.

Pada masa yang sama, seorang anggota dari Skuad 42 turut kelihatan di dalam rakaman video CCTV tersebut apabila dia sedaya upaya cuba merampas kunci daripada penunggang-penunggang motosikal berhampirannya untuk mengelakkan mereka melarikan diri.

Ada yang kurang senang melihat tindakan polis menyerbu ketika geng motosikal terbabit berada di dalam stesen minyak kerana ia boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini kepada semua pihak semasa berada di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, ada netizen mendakwa sudah pasti geng motosikal RX-Z tersebut ada buat apa-apa kesalahan sebelum mereka berhenti mengisi minyak. Jika tidak bagaimana unit peronda bermotosikal sanggup menyerbu masuk di kawasan stesen minyak tersebut.

Di samping itu juga, ada sebahagian netizen turut berkongsi pengalaman sendiri apabila berhadapan dengan anggota Skuad 42 atau pihak polis berpakaian preman yang mereka masih ingat sehinggalah ke hari ini. Vc

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker