JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ

JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ

‘Ada hikmah di sebaliknya’.

Demikian tulis Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam catatan di Facebook Johor Southern Tigers merujuk kepada kekalahan JDT kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, kelmarin.

Titah baginda, buat apa pun jikalau Allah SWT tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita (JDT) punya.

“Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami menjadi terlalu selesa, terlalu yakin dan kami tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar.

“Ia akan menjadikan kami lebih bermotivasi untuk bertanding tahun hadapan. Saya anggap kekalahan adalah positif untuk JDT. Kami akan menjadi lebih obses untuk memperbaiki kesilapan kami dan menguatkan lagi pasukan ini,” titah baginda.

Tunku Ismail bertitah, JDT akan menjalani latihan pra-musim di Dubai dan Abu Dhabi untuk bermain dengan beberapa kelab tempatan di sana dan juga kelab-kelab Eropah untuk persiapan.
“Ada beberapa pemain akan dikekalkan, ada yang akan dipinjamkan keluar dan ada pemain yang akan dilepaskan. Pengarah Teknikal JDT akan membuat pengumuman kepada para penyokong dengan lebih mendalam lagi nanti.

“Saya baru ingat hendak berehat dari bola sepak tahun hadapan tetapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat. Seperti yang saya pernah katakan, ‘a wounded Tiger is always eager to bounce back‘,” titahnya.

Di kesempatan itu, baginda mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada setiap penyokong dan keluarga Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

“Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada setiap individu dalam kelab, para pemain, barisan kejurulatihan, dan staf, dengan mencipta sejarah sebagai satu-satunya kelab yang menang kejuaraan liga lapan tahun berturut-turut dan layak untuk peringkat tertinggi dalam Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC,” titahnya. Utusan

JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker