Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat

Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui berlakunya kenaikan harga barangan ketika ini dan kerajaan menerusi beberapa kaedah sedang berusaha untuk mengatasinya.

Ismail Sabri berkata, antara usaha yang akan diambil kerajaan termasuklah menghentikan sementara eksport ikan serta membawa masuk bekalan ayam sejuk beku dari luar negara sebagai usaha mengawal kenaikan harga barang yang sedang berlaku ketika ini.

“Kita akui terdapat kenaikan harga barang ketika ini dan saya faham rakyat sedang marah, saya tidak salahkan mereka (rakyat) dan kerajaan akan melakukan sesuatu untuk menyelesaikan isu ini.

“Sebagai permulaan kita akan menghentikan eksport ikan keluar negara termasuk memenuhi pasaran dengan bekalan ikan sejuk beku Q’fish daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya ketika ditemui selepas membuat pemeriksaan harga barangan di Myfarm Outlet Kasih Putrajaya di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan juga akan membawa masuk bekalan ayam sejuk beku dari luar negara bagi memenuhi permintaan pengguna sekali gus membolehkan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan ketika berbelanja.

“Sebanyak 200 kontena ayam sejuk beku akan dibawa masuk bermula minggu hadapan dalam usaha untuk membanjiri pasaran dengan ayam luar yang lebih murah daripada ayam tempatan. Pengguna haruslah mempunyai kuasa untuk membuat pilihan.

“Perbincangan juga telah dilakukan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengkaji isu kenaikan harga ini termasuk mengenalpasti punca kenaikan kerana kita perlu telus dalam isu ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan KPDNHEP juga akan mengkaji semua rantaian orang tengah yang dilihat turut menyumbang kepada kenaikan harga barang yang mendadak.

“Tindakan akan diambil kepada peniaga yang dikesan mengambil kesempatan dengan menaikan harga sekaligus membebankan pengguna.

“KPDNHEP akan melakukan penguatkuasaan dengan lebih tegas dan jika ada sebarang manipulasi harga dikesan, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil. Saya tidak mahu ada kompromi dengan mereka yang menaikkan harga sesuka hati,” tegas beliau. K Online

Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker