Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

KEBOLEHAN seorang remaja, Muhammad Faiz Izzan membuat bunyi enjin-enjin kereta mendapat perhatian warganet.

Muhammad Faiz ditemu ramah Tiktoker Zam Al-Fathani membuat bunyi-bunyian yang menyamai bunyi enjin sebenar.

“Ini kalau letak mikrofon dan pembesar suara (loud speaker) mau orang ingat real,” katanya.

Antara bunyi enjin yang dihasilkan Muhammad Faiz ialah enjin kereta Ford Mustang, V8, Toyota GR Supra, V6 dan Honda Civic.

Muhammad Faiz dengan gaya bersahaja membuat bunyi-bunyian tersebut termasuk semasa enjin mula dihidupkan, mengambil selekoh dan menukar gear semasa pemanduan.

Video berdurasi lebih dua minit itu meraih lebih 500,000 tontonan dan 65,000 tanda suka.

Warganet rata-rata memuji bakat yang dimiliki Muhammad Faiz kerana mampu menghasilkan bunyi enjin seakan-akan sama dengan enjin sebenar.

Menurut Faiz, dia menggetarkan lidah menyebut hurut ‘R’ dalam menghasilkan bunyi enjin.

“Gunakan sebutan huruf ‘r’ itu untuk menghasilkan bunyi menukar gear.

“Kemudian langkah kedua ialah megehadkan bukaan bibir pada keluasan sekadar menghasilkan bunyi tersebut.

“Langkah seterusnya ialah menghasilkan bunyi mengikut masa dan menukar gear mengikut jenis kereta atau enjin,” katanya.

Bakat yang dimiliki Muhammad Faiz ini jarang-jarang dimiliki anak muda.

Lazimnya, ramai yang berbakat yang menghasilkan bunyi beat box yang menggabungkan pelbagai instumen muzik.

Proses penghasilan bunyi beat box menggunakan mulut, lidah dan otot di sekeliling mulut termasuk rahang dan tekak. SPlus

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker