Kailan ikan masin kayangan, KPDNHEP beri tempoh 2 hari buat penjelasan



Kailan ikan masin kayangan, KPDNHEP beri tempoh 2 hari buat penjelasan

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang memberi tempoh dua hari kepada peniaga sebuah restoran di Kepala Batas di sini yang didakwa menjual kailan ikan masin pada harga RM18 sebungkus.

KPDNHEP negeri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah bertemu dengan pemilik restoran berkenaan semalam susulan aduan berhubung dakwaan harga hidangan yang terlalu mahal dan tidak setara kuantiti yang diberikan.

“Satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) diberikan kepada pemilik restoran dan peniaga perlu memberi maklum balas berhubung harga tersebut dalam tempoh dua hari bekerja sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahalu akhbar melaporkan seorang pelanggan terkejut apabila telah membeli sebungkus kailan ikan masin bagi seorang makan yang berharga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas.




Kejadian itu tular di laman sosial Facebook semalam selepas pelanggan berkenaan berkongsi gambar resit dan hidangan itu sambil mendakwa harganya sukar diterima.

Resit berkenaan turut memaparkan lauk ikan jenahak berharga RM90, sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122. K Online

Kailan ikan masin kayangan, KPDNHEP beri tempoh 2 hari buat penjelasan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)




Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Leave a Reply

Your email address will not be published.