Gempar mayat bogel bangun berjalan

Para pelajar yang ketakutan lari bertempiaran, sementara wanita tersebut berjalan di kawasan berumput dalam keadaan berbogel. – Atinka News

BANDAR BENIN, NIGERIA – Sekumpulan pelajar perubatan sebuah universiti di Nigeria berdepan detik-detik mencemaskan apabila satu ‘mayat’ wanita yang tersedia untuk diawet membuka mata secara tiba-tiba, bahkan bangun dan berjalan keluar dari bilik mayat, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut laporan media tempatan, para pelajar anatomi dari Hospital Pendidikan Universiti Benin ketika itu menyedari bahawa mayat tersebut bergerak selepas dia dibogelkan bagi tujuan pembelajaran sebelum kelas bermula.

Dia secara tiba-tiba membuka matanya, duduk, memanjat meja dan berjalan keluar dari bilik mayat, lapor laman berita Atinka News.

Para pelajar yang ketakutan kemudiannya lari bertempiaran dan dalam masa sama, wanita tersebut turut berjalan di kawasan berumput dalam keadaan berbogel serta kelihatan keliru dengan keadaannya.

Tiada seorang pun daripada pelajar di situ yang cuba membantu wanita berkenaan atau memberikan pakaian kepadanya, sebaliknya mereka hanya merakam situasi tersebut menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Wanita terbabit yang identitinya masih belum dikenal pasti dilaporkan dihantar ke bilik mayat oleh keluarganya selepas dia disahkan meninggal dunia.

Laporan media tempatan turut tidak menyebut mengenai punca ‘kematian’ wanita itu.

Klip video yang dikongsikan di media sosial itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pendapat masing-masing

“Dia berada dalam keadaan koma, dan bukannya meninggal dunia,” kata seorang netizen. – Agensi

Gempar mayat bogel bangun berjalanGempar mayat bogel bangun berjalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perkampungan ‘hantu’ di Sepanyol muncul semula selepas 30 tahun [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker