Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur

Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur

Tindakan seorang warga emas yang digelar Tok Wan telah membuatkan ramai ‘terliur’ apabila melihatnya memasak jagung kukus dengan resipinya yang tersendiri.

Berdasarkan sebuah klip video berdurasi 30 saat yang dikongsikan @nisaafashiha di aplikasi TikTok, jualan Tok Wan itu mendapat sambutan hebat dalam kalangan penduduk di kawasan Gurun, Kedah.

Tok Wan dilihat menggunakan resipi tersendiri apabila mencampurkan mentega dengan serbuk santan, susu, garam dan akhir sekali lada sulah untuk rasa jagung kukus yang lebih sedap dan berlemak.

“Betul sedap jagung Tok Wan ini, tak jumpa dekat mana-mana. Saya ada dapat resipi daripada Tok Wan, Dia kata selepas balik ke rumah boleh buat sendiri, memang menjadi,” ujar @themylia.

“Tak kedekut langsung Tok Wan letak bahan-bahan, manis masin berlemak, rasa sedap,” ujar @afidaa pula.

“Kena beratur untuk beli, kalah beratur beli nasi kandar Penang, nak menumpang beli pun kadang kala rasa serba salah,” jelas @MuhdHafisHidayat. K Online

[videopress zC9CyFkb]

Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker