DAP bawa kes judi ke mahkamah, solidariti buat Kerajaan Kedah

Sebaran :

TATKALA perhatian kita tertumpu pada PRN Melaka, sedar tak sedar DAP dan peguam-peguamnya telah mengheret isu pengharaman judi ke mahkamah.

Alasan mereka adalah, Menteri Besar Kedah telah menyalahguna kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Biasanya isu-isu rakyat yang lain, mereka akan setakat bermain di media. Tetapi dalam situasi ini, sebegitu sekali serius judi dibela iaitu ke mahkamah.

Apa yang diusahakan mereka di mahkamah ini bukan perkara kecil sekadar ‘pejudi vs Menteri Besar Kedah’ tetapi jauh lebih besar dari itu. Implikasinya boleh sehingga ke tahap semua kerajaan negeri tiada kuasa mengekang judi di negeri masing-masing.

Saya kira, kerajaan negeri Kedah harus diberikan sokongan solidariti oleh rakyat yang mahu melihat Malaysia sejahtera dari gejala tidak sihat ini.

Alhamdulillah, kita lihat bukan sahaja orang Melayu yang menyokong agar judi disekat dan dikawal kerana ianya isu sejagat selain ianya adalah suatu yang diharamkan dalam Islam. Ianya memang terbukti bahawa perjudian merosakkan masyarakat dan institusi kekeluargaan dari pelbagai sudut.

Tahniah Menteri Besar Kedah atas usaha ini. Saya harap negeri-negeri lain juga mampu mengambil langkah sebegini demi kesejahteraan rakyat melangkaui kepentingan para taikun pemilik syarikat judi yang tidak patut dilayan.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
22 November 2021

DAP bawa kes judi ke mahkamah, solidariti buat Kerajaan Kedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh


Sebaran :

Leave a Reply