Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?

Sebaran :

Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?

Seorang pemimpin Umno mempersoalkan mengapa bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop tidak dipanggil sebagai saksi pada peringkat akhir prosiding perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi turut mempertikaikan mengapa Nor Mohamed tidak disiasat sedangkan beliau adalah individu yang meluluskan pinjaman pertama berjumlah RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan menjadi individu penting yang meluluskan penubuhan SRC.

“Kenapa pada saat akhir Zeti dan bekas Menteri Kewangan Nor Mohamed Yakcop tidak dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwa dalam kes SRC itu?



“Kenapa Nor Mohamed tidak disiasat. Dia yang ‘setup’ SRC. Dia yang urus kelulusan pertama pinjaman RM2 bilion daripada KWAP untuk SRC. Terlalu banyak misteri,” dakwa Puad.

Puad juga mempertikaikan bagaimana kaitan syarikat suami Zeti, Tawfiq Ayman dengan skandal 1MDB itu hanya diketahui kerajaan pada 2019.

“Kerajaan hanya tahu pada tahun 2019 kes yang libatkan suami Zeti. Ia timbul banyak misteri jika AG (Peguam Negara) tidak ambil tindakan segera.

“Pertama, kenapa akaun dan aset Zeti dan keluarganya tidak dibekukan seperti mana orang lain walaupun ada yang terima RM100,000 sahaja,” katanya.



Pada Jumaat lalu SPRM mendedahkan bahawa sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik suami Zeti dipulangkan oleh Singapura kepada kerajaan Malaysia.

“Kenapa RM65 juta sahaja yang dipulangkan. Apakah tidak ada baki yang lain. Benarkah jumlahnya melebihi RM65 juta? Kenapa keluarga Zeti tidak disiasat di bawah AMLA (pengubahan wang haram)?

“Dari segi keadilan kenapa maklumat penting ini tidak diberikan kepada team (pasukan) peguam Najib (Razak) semasa perbicaraan kes SRC dulu,” soal Puad.

Rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis.



Tarikh itu dimaklumkan melalui kenyataan media oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya semalam.

Rayuan bekas perdana menteri itu akan diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Has Zanah Mehat dan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera pada jam 9 pagi.

Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Jul tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC.

SRC ialah anak syarikat 1MDB.

Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf


Sebaran :

Leave a Reply