Perang Yemen ragut 377,000 nyawa menjelang akhir 2021

Sebaran :

Perang Yemen ragut 377,000 nyawa menjelang akhir 2021

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan peperangan Yemen selama tujuh tahun meragut 377,000 nyawa menerusi kesan langsung dan tidak langsung menjelang hujung tahun ini.

Hampir 60 peratus kematian disebabkan kesan tidak langsung seperti kekurangan air bersih, kelaparan dan penyakit dengan kesan langsung seramai 150,000 terbunuh.

Dalam laporan Program Pembangunan PBB (UNDP), mereka yang terbunuh bukan secara langsung adalah kanak-kanak khususnya mereka yang berisiko dan kekurangan zat makanan.



“Dalam tahun 2021 sahaja, kanak-kanak Yemen di bawah usia lima tahun maut setiap lima minit disebabkan konflik itu,” kata laporan itu.

Pakatan diketuai Arab Saudi campur tangan di Yemen pada awal 2015 untuk menyokong kerajaan selepas pejuang Huthi yang disokong Iran merampas ibu kota Sanaa, beberapa bulan sebelumnya.

Sejak itu ia memberi kesan bencana terhadap pembangunan negara.

UNDP juga memberi amaran peperangan di Yemen meletakkan negara itu termiskin di rantau ini dan terkebelakang dalam pembangunan selama lebih dua dekad.



Perang Yemen sentiasa dilabel sebagai bencana kemanusiaan terbesar dunia.

Unjuran kesan daripada peperangan berterusan di masa hadapan pula, UNDP memberi amaran 1.3 juta orang secara keseluruhan akan meninggal dunia menjelang 2030.

“Perkadaran kematian masih lagi meningkat… disebabkan kesan peringkat kedua yang timbul ekoran krisis mata pencarian, harga makanan serta kemerosotan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Jika peperangan itu dihentikan sekarang, UNDP menjangkakan ada harapan masa hadapan lebih cerah dengan capaian status negara berpendapatan sederhana menjelang 2050.



Pertempuran masih lagi memuncak dengan kehadiran kereta kebal dan pengeboman biasa oleh jet dan dron oleh kedua-dua pihak malah ia sudah memusnahkan infrastruktur paling asas. BH

Perang Yemen ragut 377,000 nyawa menjelang akhir 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf


Sebaran :

Leave a Reply