Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

UMUM mengetahui penyanyi dan pelakon kelahiran Akademi Fantasia musim 6, Nubhan semakin menjadi sebutan ramai apabila selalu berkongsi video gelagat ibunya yang dikenali Mak Jenny.

Gelagat bersahaja ibu dan anak itu dilihat digemari ramai dan mula menjadi trending.



Layanan mesra Nubhan terhadap ibunya juga membuka hati ramai untuk lebih menghargai ibu bapa.

Seperti perkongsian terbaharunya di laman Facebook, Nubhan dilihat membawa ibunya ke sebuah pusat membeli belah.

Dengan teragak-agak memasuki butik mewah itu, Mak Jenny diberi peluang untuk memilih sendiri beg tangan yang disukai.

Selepas memilihnya, dilihat ada beberapa buah yang digemari Mak Jenny dan wanita tersebut membuat keputusan untuk memiliki semuanya apabila Nubhan berseloroh mengatakan harganya hanya beberapa puluh ringgit.



Apa yang menarik perhatian ramai apabila reaksi spontan pemilik nama sebenar Badariah Omar,76, setelah mengetahui harga sebenar beg tangan tersebut.

Wajah ceria Mak Jenny secara automatik berubah menjadi serius. Pendek kata membebel Mak Jenny terkejut dengan harga yang dimaklumkan dan terus membatalkan niat untuk membelinya.

Gelagat dua beranak itu sarat menerima pelbagai komen dari warganet selepas tular dan mendapat shares hampir 10,000 kali.

Rata-rata terhibur dan memuji sikap nakal dan manja Nubhan yang suka menyakat ibunya serta reaksi selamba Mak Jenny yang cukup mencuit hati.



Ujar mereka;

“Terima kasih sebab selalu hasilkan video yang buat tersenyum. Mengenang memori bersama mak sendiri.”

“Siapa ketawa sebab tengok telatah mak Nubhan kita geng… aduii mak cik comel jeee. Tip murah rezeki anak. Semoga suatu masa nanti saya pun dapat belikan unttk orang tua sendiri.”

“Terhiburr, berkat rezeki. Bahagiakan bondanya.”



“Syok tengok mak sporting cam nih memang tak kering gusi gelak sakan.”

“Berjayanya perniagaanya disebabkan didahulukan Omak ya dalam segala hal yang berkaitan. Suka saya menontonnya. Banyak mesej positif yang kita perolehi secara tidak langsung.” SinarP

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker