Dana 1MDB dipegang syarikat suami Zeti mesti disiasat

Dana 1MDB dipegang syarikat suami Zeti mesti disiasat

Ahli PKR, Wong Chen menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara menyiasat Zeti Akthar Aziz susulan pengesahan mengenai dana berkaitan 1MDB berjumlah RM65 juta telah dipegang syarikat milik suami bekas Gabenor bank pusat itu.

Ahli Parlimen Subang itu berkata, ketika Zeti memegang jawatan itu, Bank Negara gagal melaksanakan tugas fidusiari untuk memaklumkan dan melaporkan pergerakan haram wang 1MDB berjumlah berbilion ringgit kepada pihak berkuasa.

Katanya, skandal pasti dapat dihalang jika Zeti Akthar Aziz telah melakukan tugasnya tanpa gentar atau pilih kasih.



“Ini jelas bahawa SPRM dan Bank Negara perlu menyiasat Zeti sepenuhnya,” katanya kepada FMT.

“Pendedahan bahawa suaminya menerima wang 1MDB berjumlah RM65 juta menimbulkan persoalan sama ada kegagalan melaporkan perkara itu adalah akibat desakan politik atau konflik kepentingan.”

Tambahnya, tindakan tegas perlu diambil supaya pegawai kanan kerajaan tidak bersubahat atau “menutup mata” terhadap skandal yang berpunca daripada golongan berkuasa pada masa akan datang.

Sementara itu, Pusat Membanteras Rasuah & Kronisme (C4) berkata, walaupun mereka “tergamam” dengan pendedahan itu, tetapi “ia sebenarnya tidak mengejutkan”.



Pengarah Eksekutifnya Cynthia Gabriel memberitahu FMT bahawa Zeti mesti bersuara dan menjawab kepada rakyat mengenai isu konflik kepentingan yang serius terhadapnya.

“Sayang kerana beliau memilih mengunci mulut selama ini.

“Beliau malah menerima pelantikan dalam Majlis Penasihat Kerajaan ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa.”

Jumaat lalu, SPRM berkata ia telah berjaya mendapatkan semula aset berkaitan dengan 1MDB berjumlah RM20.5 bilion setakat ini.



Katanya, ini termasuk pemulangan aset bernilai USD15.4 juta (RM64.4 juta) melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd yang dimiliki Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

Tawfiq adalah suami Zeti, serta saksi dalam perbicaraan 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Tawfiq sebelum ini pernah disoal polis berhubung dana 1MDB itu, namun tiada perkembangan lanjut mengenai siasatan itu. FMT

Dana 1MDB dipegang syarikat suami Zeti mesti disiasat




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker