Anggota polis pukul wanita dalam lif dipindah tugas

Anggota polis pukul wanita dalam lif dipindah tugas

SEPANG: Anggota polis yang terbabit dengan kejadian pukul wanita di dalam lif di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Selasa lalu dipindahkan ke bahagian pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata anggota berusia 35 tahun itu adalah detektif koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.



“Saya mahu betulkan fakta yang memaklumkan individu berkenaan adalah pegawai kanan polis tetapi sebenarnya detektif koperal yang bertugas di IPK Selangor.

“Susulan kes ini, kami mengambil tindakan serta merta dengan memindahkan anggota berkenaan dari tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis Kuala Lumpur.

“Selain siasatan dari segi perlakuan jenayah, siasatan dari segi tatatertib turut dijalankan terhadap anggota terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang penjawat awam bertindak memukul seorang wanita di dalam lif di Jalan 2 Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, akibat berang gagal mencari calon jodoh di sebuah laman sesawang.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker