Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO

Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO

UMNO menafikan parti itu mengamalkan sikap seperti ‘Abang Long’ dengan kerjasamanya bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu tidak bersikap sebegitu kerana UMNO sebenarnya telah menghulurkan salam permuafakatan kepada parti Pas.

“Sehubungan itu, kerjasama yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah dalam bentuk MN, UMNO tidak bersikap seperti Abang Long, kami sebenarnya telah menghulurkan salam permuafakatan kepada parti Pas,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Twitternya, hari ini.

Menurut ahli Parlimen Pontian itu, kenyataan media bertarikh 28 Oktober lalu selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO jelas menyebut bahawa mesyuarat memutuskan untuk meneruskan kefahaman dengan Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, asas pemahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip bahawa Pas menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober hingga 18 November tahun lalu.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya.

“Namun, Jawatankuasa Pas Pusat telah buat keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional dan bukan lambang mereka sendiri.

“Sehubungan itu, kerjasama yang diputuskan oleh MKT UMNO adalah dalam bentuk MN, UMNO tidak bersikap seperti Abang Long, kami sebenarnya telah menghulurkan salam permuafakatan kepada parti Pas,” jelasnya. Utusan

𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐒 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐒𝐀𝐌𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐌𝐎𝐊𝐇𝐓𝐀𝐑, 𝐌𝐁 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝟏𝟕 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟏.

1. Umum mengetahui akan sikap Menteri Besar Terengganu yang tidak memberikan apa-apa bantuan dalam apa jua bentuk kepada UMNO Terengganu dan hari ini bersuara kononnya tingkah laku UMNO sebagai ‘Abang Long’ telah menjadi punca kegagalan kerjasama antara PAS, UMNO dan Bersatu dalam PRN Melaka.

2. Apa yang umum tidak mengetahui ialah PAS dan Bersatu semasa mesyuarat terakhir perundingan membentuk kerjasama dalam PRN Melaka ini dengan tegas telah meletakkan syarat rundingan iaitu UMNO tidak boleh bertanding melebihi 14 kerusi DUN dan hanya menawarkan 13 kerusi DUN kepada UMNO. Rujuk disini

3. Bersatu yang mengetuai rundingan ini juga telah menetapkan agar UMNO hanya boleh bertanding 13 kerusi DUN sahaja namun 13 kerusi DUN tersebut bukanlah kerusi yang pernah dimenangi oleh UMNO sebelum ini sebaliknya kerusi lain. Sementara, Bersatu mahu bertanding 7 kerusi DUN dan PAS pula 3 kerusi DUN yang boleh menang.

4. Alasan Bersatu adalah UMNO tidak boleh bertanding lebih daripada 14 kerusi adalah kerana UMNO sudah tidak popular dan rakyat Melaka juga tidak akan mengundi lagi calon UMNO.

5. Delegasi UMNO yang membawa mandat untuk berunding bagi membincangkan 5 kerusi DUN boleh menang bersama PAS juga akhirnya terpaksa membatalkan rundingan tersebut disebabkan oleh syarat yang bersifat bodoh, bias dan jelik yang ditetapkan oleh PN ini. Fakta ini gagal dinyatakan secara jujur dan terbuka oleh MB Terengganu akan kenapa rundingan tersebut gagal.

6.Ketika skrip untuk memburukkan UMNO sedang meniti di bibir PN, apakah wujud sebarang rundingan rahsia antara PN dengan PH ini dalam usaha untuk menewaskan UMNO-BN di Melaka? Serangan PN ketika ini hanya bertumpu kepada UMNO-BN dan bukannya PH yang dilihat membawa mudarat lebih besar kepada pengundi di negeri Melaka.

7. Ketika UMNO-BN menjanjikan politik matang dan kestabilan politik dinegeri Melaka, PN dilihat masih gagal untuk mewujudkan kestabilan dalam parti sendiri! – Raziq Michael

Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker