Tanah rizab Melayu di Kedah makin berkurangan

Nik Nazmi tampil tunjuk bukti dan data.

Tanah rizab Melayu di Kedah makin berkurangan

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad menunjukkan bukti tanah rizab Melayu di Kedah mencatatkan penurunan antara tahun 2021 sehingga 2022.

Tangkap layar data itu dikongsi oleh beliau menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Beliau berkata, jumlah keluasan asal tanah rizab Melayu di Semenanjung yang dinyatakan dalam jawapan beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini adalah berdasarkan data Pejabat Tanah dan Galian (PTG) setiap negeri.

“Kalau dengar jawapan penuh saya di Dewan Rakyat, saya merujuk semua data yang diberikan oleh PTG setiap negeri.

“Secara keseluruhan keluasan tanah rizab Melayu memang meningkat (daripada tahun 1947 hingga 2022).

“Penurunan Kedah merujuk kepada data antara 2021 hingga 2022,” katanya.

Nik Nazmi pada 29 Mac lalu memaklumkan, jumlah tanah rizab Melayu di Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurun antara tahun 2021 dan 2022.

Beliau menjelaskan, tanah rizab Melayu di Kedah berkurang daripada 721,888.93 hektar kepada 716, 537.28 hektar.

Sementara itu, Perak merekodkan penurunan daripada 953,42.67 hektar kepada 953,40.87 hektar dan Kuala Lumpur daripada 1,003.56 hektar kepada 99.48 hektar.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang memintanya menyatakan berapa jumlah keluasan asal tanah rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung dan rancangan kerajaan untuk mengatasi isu keluasan yang semakin berkurangan.

Bagaimanapun, menurut Nik Nazmi, secara keseluruhannya jumlah tanah rizab Melayu tidak berkurangan dan kerugian yang dicatat juga bukan dalam jumlah yang besar.

Jelasnya, keluasan kawasan pewartaan tanah rizab Melayu sehingga 31 Disember 2022 adalah berjumlah 4,996,406.42 hektar. Sinar

Tanah rizab Melayu di Kedah makin berkurangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker