Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung

Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung

MARAN – Mayat dipercayai anggota tentera yang terjatuh semasa Eksais Para Predator di perairan Sungai Pahang Ahad lalu ditemui lengkap berpakaian berhampiran Kg Serengkam, Maran jam 8.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Shamsudin mengesahkan menerima maklumat penemuan mayat tersebut oleh penduduk kampung.

“Pihak PDRM menerima maklumat bahawa mayat ditemui sekitar jam 8.15 pagi oleh orang kampung.

“Proses pengecaman mayat masih dilakukan dan pihak Polis Bera masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Ahad lalu, seorang anggota Tentera Darat dari 10 Briged Para, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa dipercayai terjatuh semasa latihan Eksais Para Predator Siri 1/2021 di perairan Sungai Pahang.

Mangsa merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para)

Semasa kejadian, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberang.

Operasi mencari dan menyelamat (OP SAR) bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang telah dilaksanakan dan memasuki hari ketiga hari ini.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli apabila baginda menaiki bot dalam keadaan hujan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR). MG

Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung

undang anti lompat

  • Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
  • Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
  • Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
  • Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
  • PKR, DAP terima dana asing NED?
  • ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
  • Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
  • Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
  • Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
  • Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
  • Layari Laman Facebook MYKMU


    Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

    Related Articles

    Back to top button

    Adblock Detected

    Please consider supporting us by disabling your ad blocker