Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia

Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia

LEH, LADAKH – Sebuah pawagam di India digelar ‘pawagam altitud paling tinggi di dunia’ kerana didirikan di sebuah kawasan setinggi 3,524 meter dari paras laut dekat bandar Leh dalam wilayah Ladakh, lapor akhbar Film Fare.com semalam.

Kemudahan pawagam bergerak yang boleh memuatkan  sehingga 120 orang penonton itu terletak berhampiran sempadan Tibet yang dikawal pemerintah China serta jauh dari kemudahan pawagam utama yang lain.



Syarikat swasta yang mendirikan pawagam itu, PictureTime Digiplex menyatakan, inisiatif tersebut merupakan usaha untuk membawa pengalaman menonton filem ke kawasan-kawasan pedalaman di wilayah tersebut.

“Ia merupakan pawagam digital mudah alih pertama di dunia yang dibangunkan untuk menayangkan filem-filem baharu,” kata pemilik PictureTime Digiplex, Sushil Chaudhary.

Tambah Sushil, pemasangan pawagam bergerak seperti itu menelan belanja sebanyak AS$65,000 (RM270,960).



“Buat masa ini, kami sedang membangunkan pawagam seperti ini di kawasan-kawasan pedalaman di India.

“Sebanyak lima buah pawagam telah dibangunkan di negeri Arunachal Pradesh selain kami turut menyasarkan untuk membina tiga unit lagi di Ladakh,” jelasnya.

Tambah Sushil, pihaknya telah mengenal pasti tiga lokasi di setiap daerah di wilayah itu dan pawagam tersebut akan dipindahkan ke lokasi-lokasi itu bagi setiap hari kesepuluh.



Bagi tujuan tersebut, pawagam itu akan dibuka semula dan diangkut menggunakan lori ke lokasi lain serta dipasang semula untuk kemudahan penduduk di lokasi baharu.

Proses tersebut mengambil masa antara empat ke lima jam.

Disebabkan pawagam itu boleh memuatkan seramai 120 penonton, hanya 80 orang dibenarkan memasukinya pada satu-satu masa bagi mematuhi peraturan sekatan Covid-19.



Tiket turut dijual pada harga murah iaitu kira-kira AS$1 (RM4.20), lima kali lebih murah daripada harga tiket wayang di bandar-bandar di India. – AGENSI

Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker