Exco Pas tidak akan letak jawatan

Exco Pas tidak akan letak jawatan

PAS Perak enggan tunduk terhadap desakan pembangkang yang mahu seorang Exco daripada parti itu meletakkan jawatan.

Desakan tersebut diutarakan pembangkang ketika sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis dan Jumaat lalu.



Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhamad Arafat Varisai Mahamad mendakwa bahawa terdapat Exco kerajaan negeri dari PN yang seolah-olah mensabotaj usaha menangani Covid-19 oleh kerajaan Perak.

Menyangkal dakwaan tersebut, Pesuruhjayanya, Razman Zakaria menyifatkan tuduhan sabotaj tersebut langsung tidak berasas, sambil berkata sudah menjadi kebiasaan buat pembangkang sentiasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

“Tak ada (sabotaj). Kita memang ada dalam kerajaan, jadi usaha menangani pandemik Covid-19 ini tanggungjawab bersama bukan sahaja kakitangan kerajaan, Exco dan sebagainya, orang awam pun terlibat sama.

“Kalau mengatakan ada kakitangan kerajaan, Exco yang berbuat demikian memang tugas pembangkanglah. Dia tak ada isu dia buat macam itu. Memang tak ada, operasi pusat vaksin pun berjalan seperti biasa,” katanya memetik laporan Sinar Harian.



Mengenai kritikan dan desakan letak jawatan oleh pembangkang terhadap Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, Razman menjelaskan ADUN Pas itu menjalankan tugas dengan baik.

Menurutnya, usaha menangani Covid-19 di Perak dipengerusikan Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ahmad Suaidi Abdul Rahim manakala Exco Kesihatan hanya menjadi sebahagian daripada jawatankuasa. FMT

Exco Pas tidak akan letak jawatan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker