Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik

Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik.

Nazri Aziz akan bersara dari politik setelah enam penggal menjadi Ahli Parlimen, dan tidak akan bertanding dalam PRU15.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu memberitahu FMT, beliau berniat untuk berundur daripada arena politik sejak dua PRU lalu, namun akur kepada kehendak pemimpin Umno dan pengundi yang mahukannya terus berkhidmat.



Nazri yakin sekarang adalah waktu yang tepat untuknya bersara kerana generasi pemimpin Umno seterusnya seperti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Hishammuddin Hussein semakin mengukir nama dalam parti dan negara.

“Saya rasa, ketika kami (Barisan Nasional) kalah dalam PRU 2018, ada hikmahnya kerana selepas itu, kami tidak dapat jadi kerajaan dan tidak lagi memiliki kuasa membentuk Jemaah Menteri. Jadi, jauh lebih mudah (untuk berundur).

“Zaman kegemilangan (saya) akan berakhir, tapi tidak apa. Saya puas nikmati masa saya dalam politik. Saya berusia hampir 70 tahun sekarang, jadi berundur dengan cara baik sangat penting (bagi saya),” kata Nazri, 67.

Tambahnya, ada ramai ahli politik baharu bersedia menggantikannya pada masa ini. Beliau yakin keputusannya untuk bersara akan mendapat persetujuan parti dan pengundi Padang Rengas.



“Saya sudah bertahun-tahun mendokong amanah rakyat. Saya bermula sebagai pengerusi MARA pada 1990 selama lima tahun, berkhidmat sebagai timbalan menteri selama lima tahun, menteri selama 19 tahun dan Ahli Parlimen sejak 1995. Saya juga menjadi Senator pada 1990.

“Saya telah luangkan banyak masa untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi kenapa perlu ada penyesalan?” katanya.

Ditanya siapa yang beliau cadangkan sebagai pengganti untuk mempertahankan kerusi Padang Rengas pada PRU15, Nazri berkata, keputusan itu bukan  di tangannya.

Nazri dikenali sebagai Ahli Parlimen Umno yang lantang bersuara. Beliau  antara ahli parti yang mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan perbalahan dalaman parti.



Sebelum itu, beliau  mahukan Muhyiddin Yassin mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri tetapi kemudian mengubah fikiran dan memutuskan untuk menyokong Muhyiddin.

Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


100 hari bermula sekarang – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker