Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil



Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil

Tidak ada dalam pemimpin UMNO yang digelar ‘Kluster Mahkamah’ meminta kerajaan mencampuri dalam urusan mahkamah.

Sebaliknya hanya mahu perbicaraan yang adil.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, untuk berlaku adil, bukan sahaja 78 individu dan entiti yang menerima notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)perlu dibicarakan.

“Tetapi juga Datuk Mustapha Mohamed dan Datuk Mas Ermieyati,” katanya.





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tapi pendakwaan itu ialah kuasa kerajaan iaitu kuasa Peguam Negara di bawah Perlembagaan.

“Boleh dakwa atau tidak (terbaru macam kes Xavier) dan boleh tarik balik kes yang berada dalam perbicaraan, macam kes Lim Guan Eng dan LTTE,” katanya.

Bagusnya apabila ada persetujuan tentang pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Judisiari.




”Beza antara ‘kluster mahkamah’ dengan ramai yang lain ialah bahawa mereka terlepas dari pendakwaan (walaupun sudah disiasat dan belum lagi ditutup fail masing-masing) atau pun menjadi saksi untuk mengelak dari didakwa.

”Sungguhpun begitu, harapan saya ialah untuk membersihkan nama saya di mahkamah. Maka memang perlu sistem keadilan negara kita dipelihara dari campur tangan pihak ketiga,” ujarnya. MG

Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil

Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan



Leave a Reply

Your email address will not be published.