InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib

InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib

Bursa Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu, ujar Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pekan itu, indeks bursa telah melonjak naik lebih 80 mata dalam tempoh singkat itu.

“Namun pemulihan keyakinan pelabur tempatan dan asing ini dan berasaskan harapan bahawa dasar dan perlaksanaan kerajaan baharu akan berbeza dari dulu.

“Malah aliran keluar dana asing yang berbulan-bulan lamanya telah bertukar kepada aliran masuk minggu lepas (pautan),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Namun katanya, keyakinan pelabur dan pemulihan ekonomi ketika ini akan terbantut sekiranya negara tidak menurunkan jumlah kes baharu COVID-19 dan membuka semula ekonomi.

Begitu juga tambahnya dengan membantu peniaga memulihkan modal dan aliran tunai yang telah lama terkesan di bawah lockdown yang sudah tiga setengah bulan lamanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula pada 12 Mei.

Jelasnya lagi, sejak minggu lepas, negara masih antara sepuluh tertinggi dalam dunia tiap-tiap hari bagi kes baharu tanpa mengambik kira saiz penduduk.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dari segi saiz penduduk, kita masih catat kadar antara paling tinggi dalam dunia bagi kes baharu dan kes kematian.

“Selagi kes baharu tinggi, ramai pelabur asing dan tempatan akan tidak berani melabur untuk membina business baharu atau mengembangkan business sedia ada jikapun diberi kelonggaran.

“Selagi kes baharu tinggi, pelanggan juga akan tidak berani keluar rumah untuk membeli jikapun diberi kelonggaran,” ujarnya.

Justeru ulasnya lagi, ada cara dan juga jalan penyelesaiannya.

“Insya-Allah, akan disempurnakan oleh kerajaan baharu bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup Rakyat yang pernah dikecapi suatu ketika dulu,” katanya. – UMNO ONLINE

InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib

Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker